Kerajaan stabil diperlukan selepas PRU15 - Utusan Malaysia

Kerajaan stabil diperlukan selepas PRU15

TENGKU Razaleigh Hamzah (dua kanan) semasa tiba untuk membuang undi di SK Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil diperlukan oleh Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam memacu semula pemulihan ekonomi ke arah lebih baik pada masa hadapan.

Veteran politik, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, kestabilan itu diperlukan untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing dalam usaha merangsang pemulihan ekonomi negara.

“Bila kerajaan stabil, secara tidak langsung pelabur akan yakin dan perkara itu dibuktikan sebelum ini.

“Kita dapat lihat kerajaan stabil dan kukuh berjaya mentadbir negara dengan baik dalam pelbagai sudut,” katanya selepas ditemui pemberita semasa mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh di sini hari ini.

Ku Li memberitahu, beliau mahu kerajaan yang dibentuk berusaha menyelamatkan ringgit dan meletakkan mata wang negara itu berada pada kedudukan terbaik.

Katanya, hal ini bagi mengelakkan inflasi terus membelenggu rakyat sekali gus menekan kehidupan mereka.

Terdahulu, Ku Li tiba di SK Kampung Sireh pada pukul 11.09 pagi untuk membuang undi.

Pada PRU15, Ku Li masih lagi bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang disandang sepanjang tempoh 10 penggal lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya