Kenapa tunggu PRU baru nak isytihar harta? – Tun M

Kenapa tunggu PRU baru nak isytihar harta? – Tun M

DR. Mahathir Mohamad bertemu tetamu cilik ketika hadir di majlis Santai Petang bersama Calon Pejuang Kuala Kedah di Taman Bersatu Kuala Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH: Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mencadangkan calon parti bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengisytiharkan harta masing-masing.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, pengisytiharan harta perlu dilakukan sepanjang masa dalam Dewan Rakyat dan bukan pada musim pilihan raya sahaja.

“Isytihar waktu dekat PRU, kenapa dia tak cakap waktu lain. Dalam Dewan (Rakyat) itu, katalah kami nak isytihar harta, tapi tidak, nak dekat PRU baru nak isytihar.

 “Saya bersetuju (isytihar) tetapi bukan dekat PRU. Itu kita cakap dalam Dewan lepas jadi wakil rakyat perlu isytihar harta,” katanya selepas hadir majlis Santai Petang bersama calon Pejuang di Parlimen Kuala Kedah di Taman Bersatu, di sini hari ini.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) belum bersedia untuk mengisytihar harta masing-masing kerana didakwa takut mendedahkan aset yang dikumpul mereka ketika menjawat jawatan tertinggi negara.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, setiap calon PRU15 perlu melakukan pengisytiharan harta masing-masing bagi memastikan piawaian yang lebih tinggi untuk PRU akan datang.

Menyentuh tentang Khairy Jamaluddin yang diuar-uarkan layak untuk menjadi Perdana Menteri, kata Dr Mahathir, perkara itu hanya boleh diputuskan jika beliau menang dalam PRU15.

“Banyak orang boleh jadi Perdana Menteri, sesiapa pun boleh. Kita tak boh (letak) nama sebab kita nak menang dulu, bila menang dapat lebih 112 kerusi pada masa itu boleh cadang siapa jadi Perdana Menteri.

“Parti kita pun ada banyak orang muda yang boleh jadi Perdana Menteri tetapi kita tunggu selepas menang dahulu baru cakap,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.