Kak Gee yakin cipta kejutan di Guar Sanji

Kak Gee yakin cipta kejutan di Guar Sanji

ROZIEANA Ahmad (empat dari kiri) bersama pengundi di Bilik Gerakan Kampung Belukar, Guar Sanji, Arau, Perlis malam tadi.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Memasuki beberapa hari kempen, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji, Rozieana Ahmad yang berpindah dari Pauh ke kubu kuat Pas itu kembali bersemangat dan mendapat momentum mencipta kejutan di situ.

Selain mendapat sokongan kuat dari cawangan-cawangan UMNO di situ, Rozieana yang lebih mesra disapa Kak Gee turut mendapat penerimaan baik dari pengundi menerusi kempen dari rumah ke rumah.

Katanya, beliau meneruskan perjuangan membantu parti kembali merampas kerusi DUN Guar Sanji dalam pilihan raya kali ini.

“Alhamdulilah, bilik-bilik gerakan meriah dan kempen dari rumah ke rumah dan pendekatan ziarah diterima baik pengundi di sini. Kita juga dibantu dengan gerakan bersepadu bersama calon Ahli Parlimen Arau dan pemimpin-pemimpin lama di sini.

“Penerimaan pengundi juga baik, malah, kita juga dilayan dengan sangat baik sepanjang tempoh kempen ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Kampung Belukar di sini malam tadi.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Rozieana penyandang kerusi DUN Pauh yang berpindah ke Guar Sanji dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengakui sedih dan sayang meninggalkan kawasan berkenaan yang dianggap sudah sebati dengannya.

Bagaimanapun beliau tetap bersedia ke kubu kuat Pas itu dan perlu ‘memecut’ dan berusaha lebih 200 peratus dalam tempoh menjelang PRU15 bagi memenangi hati pengundi di situ.

Di Guar Sanji, Rozieana bakal berdepan saingan empat penjuru membabitkan penyandang, Mohd Ridzuan Hashim (PN); Abdul Malik Abdullah (Pejuang) dan Hasparizal Hassan (PH).

Dalam PRU14, Mohd. Ridzuan menewaskan calon BN dan PKR di Guar Sanji dengan majoriti sekitar 328 undi.

Sementara itu, Rozieana berkata, beliau yang berpengalaman sebagai Exco kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam membantu atau menemukan solusi menyelesaikan masalah di situ. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.