Ibu terkejut anak 14 tahun lahirkan bayi perempuan

Ibu terkejut anak 14 tahun lahirkan bayi perempuan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang ibu terkejut apabila anak perempuannya yang berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah kampung di sini, kelmarin.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu dikatakan membawa anaknya ke Hospital Baling kira-kira pukul 4.30 petang selepas mengadu sukar membuang air besar.

Dia bagaimanapun terkejut apabila doktor memaklumkan anaknya itu sarat mengandung dan sudah mahu melahirkan anak.

Pelajar terbabit kemudian selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira dua jam kemudian.

Menurut sumber, wanita itu seterusnya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol.

“Berdasarkan keterangan yang diambil, dia memaklumkan anaknya mengadu sukar buang air besar sebelum nampak ada darah pada kaki anaknya.

“Dia juga menyedari perubahan bentuk fizikal anaknya tetapi pelajar itu memberitahu berat badannya naik,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, pihaknya mengambil keterangan daripada pelajar terbabit dan mendakwa melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an sejak Februari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian namun enggan mengulas lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya