Henti kaitkan saya dengan pelaku dalam video itu - Amelina - Utusan Malaysia

Henti kaitkan saya dengan pelaku dalam video itu – Amelina

Amelina kecewa status ibu tunggal sering dilemparkan dengan kata kata negatif
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Isu video keganasan rumah tangga yang tular di media sosial itu tiada kena mengena dengan saya.

“Jadi, tiada keperluan untuk saya ulas mengenainya,” demikian kata penyanyi dangdut, Amelina.

Penyanyi berusia 48 tahun itu juga memohon namanya tidak dikaitkan dengan video tersebut dan menyerahkan kepada
pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Saya tidak mahu komen apa-apa, biar pihak polis jalankan siasatan. Saya hanya tahu mengenai video tersebut apabila nama saya disebut-sebut mempunyai kaitan dengan pelaku dalam rakaman itu.

“Saya tidak mahu masuk campur kerana perkara itu tiada kena mengena dengan kehidupan saya dan anak-anak. Jadi, saya minta tolong semua pihak jangan kaitkan saya dan keluarga dalam isu itu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video keganasan rumah tangga membabitkan seorang lelaki yang didakwa sebagai bekas suaminya.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung seorang wanita sebelum mangsa diheret dan ditendang berkali-kali di muka serta badan.

Penyanyi lagu Asyik itu juga menegaskan, dia enggan menonton video tersebut kerana tidak mahu perkara itu menganggu emosinya.

“Saya tidak mahu tengok, lebih-lebih lagi dalam hal membabitkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak.

“Sejak dulu, saya mengelak daripada menonton video seperti itu kerana tidak mahu ia menganggu emosi,” katanya.

Amelina berkata, apa juga yang berlaku dalam kehidupannya dulu sudah dibuang jauh dan dia kini bahagia menjalani hidup ditemani enam anaknya.

Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Reduan Mahamood pada 26 April 1999, namun bercerai pada 29 Jun 2016.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya