GTA gerakan Melayu, tidak rasis kepada bukan Melayu -Tun M -

GTA gerakan Melayu, tidak rasis kepada bukan Melayu -Tun M

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Gerakan Tanah Air (GTA) merupakan satu gerakan orang Melayu, namun ia tidak bermakna gerakan itu bersifat rasis dan bermusuh dengan orang bukan Melayu”.

Demikian penjelasan Pengerusi Penajanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan, semalam. 

Menurut Dr. Mahathir, walaupun Malaysia diperintah sejak merdeka oleh kerajaan yang didominasi Melayu, tetapi semasa zaman kemerdekaanlah bukan Melayu mahu sehingga Melayu tertinggal di belakang. 

“Walaupun usaha dibuat untuk kurangkan jarak antara Melayu dengan kaum lain, hak dan kemajuan perniagaan dan perusahaan orang bukan Melayu tidak terhalang.

“Jangan takut Melayu GTA. Melayu GTA akan beri tempat kepada kaum lain dalam pemerintahan. Melayu GTA akan junjung tinggi keluhuran undang-undang dan pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan judisiari,” jelasnya.  –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.