Enam ditahan, dua diburu bantu siasat pergaduhan penyokong parti politik - Utusan Malaysia

Enam ditahan, dua diburu bantu siasat pergaduhan penyokong parti politik

GAMBAR dan butiran dua individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kejadian pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong parti politik di kawasan Dataran Zero di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis menahan enam individu, manakala dua lagi dicari bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong parti politik di kawasan Dataran Zero di sini, Sabtu lalu.

Dua individu yang dikesan ialah Shahrul Haizat Abdul Rozak, 35, atau dikenali sebagai Jat Perre beralamat di Taman Delima, di sini.

Seorang lagi Mohd. Iedir Mohamed, 43, atau dikenali sebagai Edin yang beralamat di Taman Berlian Indah, di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, enam individu terbabit ditahan di kawasan Jalan Lagenda Height, di sini pada pukul 2 petang, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 2.15 pagi itu berpunca disebabkan pertembungan dua kumpulan penyokong parti berlainan di tempat yang sama.

“Setelah itu berlaku pergeselan bendera parti yang mengenai tubuh salah seorang penyokong parti politik tersebut sehingga berlaku kekecohan. Kita kini dalam usaha mengesan dua lagi individu terbabit bagi membantu siasatan.

“Selain itu, tindakan lanjut masih diteruskan bagi mengesan lain-lain individu yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu boleh tampil ke cawangan balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Muhammad Firdaus Mohd. Nasir di talian 04-4299222/012-3517317.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 9(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya