Dzulkefly sedia galas amanah jika terpilih dalam Kabinet

Dzulkefly sedia galas amanah jika terpilih dalam Kabinet

DZULKEFLY Ahmad beramah mesra dengan rakyat yang menghadiri program itu di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersedia menggalas amanah dan tanggungjawab sekiranya diberi peluang membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Namun, Bekas Menteri Kesihatan itu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukan barisan kepemimpinan kerajaan baharu.

Dzulkefly berkata, persediaan itu sememangnya sudah sebati dengan ahli politik termasuk beliau yang pernah memegang jawatan menteri sebelum ini.

“Saya semestinya bersedia memikul sebarang jawatan yang diberikan biarpun tidak terlalu mengharapkannya.

“Apa yang penting kini adalah terus memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri ke-10 kita dan yakin beliau dapat melunaskannya sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran Bersama Rakyat dan Jentera Pakatan Harapan (PH) di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat parlimen itu di sini, petang semalam.

Jelas Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), kesediaan beliau menggalas sebarang jawatan bertujuan membangunkan negara yang lebih kukuh dan utuh.

Ditanya mengenai jumlah majoriti dimenanginya lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata, pihaknya membuat ‘post mortem’ berkaitan perkara tersebut.

“Ia dianggap perkara biasa tanpa mengira sama ada menang dengan majoriti besar mahupun kecil.

“Bagi saya, cara pendekatan berkempen menerusi media Tik Tok dianggap tidak wajar dan diizinkan terutama melibatkan isu perkauman, namun, perlu berpolitik secara sihat,” katanya.

Untuk rekod, Dzulkefly yang mewakili PH mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Selangor dengan majoriti 1,002 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau memperoleh 31,033 undi dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mendapat 30,031 undi.

Turut tewas, Mohd. Noor Mohd. Sahar dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 23,639 undi dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mohd. Shaid Rosli, 1,778 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya