Dua cedera tangki NGV lori ikan meletup - Utusan Malaysia

Dua cedera tangki NGV lori ikan meletup

TABUNG NGV sebuah lori meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Langkasuka, Johor Bahru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak di Jalan Langkasuka Kawasan Perindustrian Dato’ Onn, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, pemandu lori berusia 64 tahun mengalami cedera ringan di tangan, manakala pekerja stesen minyak berusia 57 tahun turut cedera.

Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPB) Mohd. Faiz Suleiman berkata, letupan berlaku semasa pengisian gas ke dalam tabung  NGV dari lori berkenaan. 

Menurut beliau, polis  menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.05 tengah hari dan dua  cedera akibat terkena serpihan tabung NGV yang meletup.

“Seramai 14 anggota dengan sebuah jentera FRT, tiga unit Bermotor Bomba (RIM) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dkejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi, didapati berlaku letupan NGV dari sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ikan di stesen minyak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, letupan tabung NGV itu mengakibatkan sebuah teksi yang berada di stesen minyak, bangunan stesen minyak dan sebuah premis berhampiran stesen minyak turut rosak.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya