Cuepacs harap inisiatif penjawat awam diumum Ismail Sabri dikekalkan - Utusan Malaysia

Cuepacs harap inisiatif penjawat awam diumum Ismail Sabri dikekalkan

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan baharu mengekalkan empat inisiatif dijanjikan dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, empat inisiatif tersebut ialah  Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas RM100, Bantuan Khas Kewangan RM700, Bantuan Khas Kewangan untuk Pesara (RM350) dan Bantuan Khas Aidilfitri RM600 yang semuanya dijanjikan dilaksanakan tahun depan.

“Inisiatif berkenaan adalah antara yang dijanjikan kerajaan terdahulu selaku majikan kepada penjawat awam dan tidak wajar ditarik balik hanya kerana berlaku perubahan kerajaan,” kata beliau  dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, kenyataan tersebut dibangkitkan semula kerana khuatir penjawat awam akan menerima nasib serupa seperti tahun 2018 apabila semua inisiatif yang dijanjikan tidak ditunaikan selepas berlaku peralihan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kini kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan Persekutuan menyebabkan kakitangan awam tertanya-tanya sama ada  inisiatif dalam belanjawan itu akan diteruskan atau sebaliknya,” kata beliau.

Oleh itu, beliau berharap Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengekalkan segala kemudahan yang diumumkan kerajaan dipimpin Ismail Sabri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya