Bukan Annuar Musa calon PN di Ketereh

Bukan Annuar Musa calon PN di Ketereh

KHILIR Mohd. Nor sah bertanding atas tiket PN di kawasan Parlimen Ketereh.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) Kelantan sah menamakan bekas pegawai tinggi tentera Mejar Jeneral (B) Datuk Khilir Mohd. Nor untuk bertanding di kawasan Parlimen Ketereh.

Pengisytiharan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi menamatkan terus spekulasi PN akan memberikan laluan kepada Tan Sri Annuar Musa selepas tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini beberapa pimpinan Pas memuat naik gambar buah ketereh atau gajus seolah-olah memberi isyarat Annuar akan bertanding di kawasan berkenaan.

Utusan Online melaporkan, beberapa nama besar pemimpin UMNO tidak dicalonkan semula PRU15 termasuklah penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; penyandang Ketereh, Annuar dan penyandang Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Begitu juga penyandang Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid; penyandang Kota Tinggi, Datuk Seri Halimah Sadique dan penyandang Maran, Datuk Seri Ismail Mutalib.

Sebelum itu, Annuar memberi bayangan sedia untuk mempertahankan kawasan itu pada PRU15 dan berkemungkinan besar menggunakan tiket parti lain.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh sebaliknya mahu melihat perkembangan terkini sebelum membuat sebarang keputusan berkait dengan masa depan politiknya.

Pada PRU14, Annuar berjaya mempertahankan kerusi itu dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas (Wan Ismail Wan Jusoh) dan PKR (Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin). Annuar memperoleh undian sebanyak 25,467 undi, Pas (20,841) dan PKR (6,799). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya