Budak tujuh tahun didakwa jadi mangsa liwat abang tiri - Utusan Malaysia

Budak tujuh tahun didakwa jadi mangsa liwat abang tiri

ZAIHAM MOHD. KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa liwat  abang tirinya yang berusia 17 tahun di Karak di sini. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada Ahad lalu.

“Laporan dibuat bapa mangsa yang berusia 34 tahun  sebelum remaja lelaki itu ditangkap untuk siasata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Zaiham, suspek direman tujuh hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN