Budak maut dihempap longgokan tiang elektrik - Utusan Malaysia

Budak maut dihempap longgokan tiang elektrik

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar Changlun, Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang kanak-kanak  lelaki maut, manakala dua lagi tidak sedarkan diri akibat dihempap tiang elektrik yang dilonggokan di tepi jalan di Kampung Belukar Changlun, Bukit Kayu Hitam petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa berusia 11 tahun meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon berkata, dua kanak-kanak lelaki yang juga  berusia 11 tahun yang tidak sedarkan diri itu kini menerima rawatan di Hospital Jitra.

“Komander Operasi melaporkan kejadian melibatkan tiga mangsa yang dipercayai bermain berdekatan tiang elektrik itu yang dilonggokan di tepi jalan berkenaan.

“Tiang tersebut dipercayai telah terjatuh dan menghempap mangsa. Semasa anggota tiba di lokasi ketiga-tiga mangsa telah  dibawa keluar oleh orang awam dengan menggunakan jengkaut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Saayani, pasukannya membawa seorang mangsa yang cedera ke Hospital Jitra, manakala seorang lagi mangsa dibawa oleh ambulan Kementerian Kesihatan.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.