BNComms buat laporan polis dan SKMM

Akur janji palsu: BNComms buat laporan polis dan SKMM

Dazma Shah Daud (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. -UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komunikasi Barisan Nasional (BNComms) membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas penularan surat akur janji palsu.

Setiausahanya, Dazma Shah Daud berkata, pihaknya memandang serius mengenai maklumat palsu yang tular melibatkan Barisan Nasional (BN) sepanjang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, laporan polis di buat di Balai Polis Dang Wangi pada pukul 2 petang, hari ini dan beberapa laporan polis di negeri lain turut sedang dilakukan.

“BNComms bertindak proaktif dalam mengekang peningkatan berita palsu terutamanya dalam konteks isu politik yang melibatkan BN di sepanjang tempoh berkempen PRU-15.

“Satu laporan polis dan SKMM dibuat mengenai penularan dokumen palsu Surat Akur Janji tersebut di Facebook dan Twitter yang mendakwa calon Ahli Parlimen dipaksa menandatangani surat sokongan untuk melantik Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Terdahulu, tular sebuah gambar dalam media sosial yang memaparkan tujuh syarat akur janji untuk menjadi calon semasa PRU15, salah satunya menggesa calon untuk menyokong segala tindakan Ahmad Zahid.

Di dalam gambar tular itu mengandungi tandatangan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan penyandang kerusi Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Sementara itu, Dazma Shah turut menyelar tindakan sebahagian pihak yang menularkan maklumat palsu tersebut tanpa mengesahkan kesahihan terlebih dahulu.

“Semua portal-portal dan halaman-halaman yang mengeluarkan kenyataan tersebut, kita buat laporan sebab ia memberi kesan tidak baik untuk pengamal-pengamal media.

“Ramai pengamal media yang tidak palsu atau tidak, tapi dikeluarkan seolah-olah ia sudah pasti benar.

“Diharap andai kata mendapat maklumat yang tidak pasti. Sebagai ahli media sila rujuk pada kami, kami akan beri maklumat sama ada ia palsu atau tidak dan tidak perlulah disebarkan dengan keadaan sekarang ni sekiranya tidak pasti kebenaran maklumat itu,” katanya.

Tambahnya, sebarang penyebaran maklumat BN hanya akan dikeluarkan melalui platform rasmi parti, BNComms dan UMNO Online. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya