LIPIS: Barisan Nasional (BN) negeri tidak boleh menghalang penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib untuk bertanding di situ bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setelah tidak dicalonkan semula oleh BN, bukan sahaja Ismail malah semua calon berhak bertanding berasaskan prinsip demokrasi menerusi parti pilihan masing-masing. “Kita tidak boleh halang sebab…