BN tiada tekanan, tidak tekan butang panik

BN tiada tekanan, tidak tekan butang panik

MOHAMAD Hasan ketika ditemui pemberita di Command Centre BN Rembau di Rantau, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) tidak berdepan sebarang tekanan walaupun parti lawan mendakwa mampu memenangi jumlah tertentu bagi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN sememangnya sudah mengetahui jumlah kerusi yang mampu menang ataupun tidak dengan setiapnya juga dikategorikan.

“BN tiada tekanan, sebab kami sudah mengetahui tempat mana kami boleh menang, tempat mana yang putih, yang kelabu putih berapa jumlah, tempat mana kelabu hitam, tiada apa-apa tekanan.

“Begitu juga tempat mana yang menang kita akan kekalkan, mana kerusi yang perlu kita dapatkan semula di situ BN perlu letakkan usaha tambahan, tiada tekanan apa-apa,” katanya ketika ditemui di Pusat Arahan BN Parlimen Rembau di Rantau di sini hari ini.

Mohamad yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau menambah, beliau juga mendapat laporan setiap hari dari war room BN di ibu negara berhubung perkembangan terkini setiap kerusi yang ditandingi parti itu.

“Setiap malam, saya menerima laporan war room mengenai perkembangan terkini kawasan-kawasan, setakat ini, saya agak gembira, tidak ada perkara yang boleh memaksa kita menekan butang panik,” katanya lagi.

Jelas beliau, memang diakui terdapat kerusi yang sukar dimenangi, namun, BN tetap perlu bekerja kuat terutamanya untuk mengurangkan jumlah majoriti undi di kawasan terbabit.

“Ada tempat yang kami tahu susah hendak menang, tidak mengapa, tapi, kami akan cuba mengurangkan majoriti, supaya  apabila campur nanti undi popular, mana-mana pihak tidak boleh memainkan isu, seperti BN menang tetapi undi popular mereka lebih banyak,” ujar Mohamad.

Sementara itu, menurutnya, tujuan BN mengkategorikan setiap kerusi terbabit adalah supaya gerak kerja parti itu lebih berfokus dan tidak kelam kabut.

“Ada tempatnya kami kategorikan putih, kelabu putih, Felda ada 54 Parlimen, bukan kesemuanya ‘putih melepak’ ada yang kelabu putih dan kelabu hitam, kami kena kenal pasti supaya kami tidak kelam kabut, kami kerja berfokus.

“Ini kerusi yang perlu kami kekalkan, ini kerusi yang perlu direbut semula, ini kerusi yang perlu kita kurangkan majoriti, begitu kami bekerja, masing-masing sudah tahu,” kata beliau lagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya