BN adakan dua mesyuarat khas malam ini

BN adakan dua mesyuarat khas malam ini

ANTARA pengamal media yang hadir di Menara Dato Onn di sini bagi mengikuti perkembangan kemelut politik negara. /AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menara Dato Onn di sini sekali lagi menjadi tumpuan pengamal media susulan kemelut pembentukan negara yang melanda negara ketika ini.

Difahamkan, Barisan Nasional (BN) mengadakan dua mesyuarat khas malam ini iaitu Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan Ahli Parlimen BN.

BUNG Moktar antara pemimpin yang tiba di Menara Dato Onn di sini. -UTUSAN/AFIQ RAZALI

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Parlimen BN untuk mengadap Seri Paduka di Istana Negara, esok.

Tindakan itu berkemungkinan usul penubuhan kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tidak mencapai kata sepakat.

Usul penubuhan kerajaan perpaduan itu dimaklumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bercakap kepada pemberita di luar Istana Negara.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang akhbar petang tadi bagaimanapun memberitahu, gabungan parti itu tidak mahu bekerjasama dengan PH kerana itu menjadi prinsip gabungan mereka sejak dulu.

Ahli Parlimen BN bagaimanapun sepakat memutuskan untuk berkecuali daripada menyokong mana-mana nama yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri, selain bersedia untuk menjadi pembangkang.

Antara Ahli Parlimen BN tiba di Ibu Pejabat UMNO malam ini adalah Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Tanjung Piai), Datuk Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya