Bersatu jangan berlagak `suci’, BN yakin bentuk kerajaan sendiri  - Mohamad - Utusan Malaysia

Bersatu jangan berlagak `suci’, BN yakin bentuk kerajaan sendiri  – Mohamad

Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Seri Mohamad Hasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak berlagak suci sedangkan parti itulah yang bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menipu rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,  rakyat perlu menilai kembali dosa-dosa Bersatu dalam gabungan itu walaupun parti berkenaan kini bersama Perikatan Nasional (PN).

“Bersatu terlibat merangka manifesto yang tidak ditepati tetapi orang lupa tentang itu kerana mereka sudah keluar daripada PH.

“Bersatu jangan ingat mereka tiada dosa dan sekarang apabila masuk PN berlagak suci pula,” kata beliau dalam sidang akhbar di Pejabat BN Comms di sini hari ini.

 Malah Mohamad berkata, Bersatu turut menumbangkan BN yang lebih 60 tahun mentadbir negara dengan baik dan cemerlang.

Katanya, BN jatuh disebabkan hasutan, janji dan fitnah Bersatu yang merupakan sebahagian daripada PH ketika itu.

Dalam sidang akhbar sama, Mohamad berkata, pihaknya yakin dapat meraih majoriti mudah dalam PRU15 sekali gus membentuk kerajaan tanpa gabungan bersama mana-mana parti politik lain.

Menurut beliau, keyakinan itu didorong oleh laporan data pengundi di seluruh negara yang didapati menyokong parti berkenaan termasuk orang muda.

LEBIH BAIK

Malah, katanya, setakat hari ini kedudukan BN juga jauh lebih baik berbanding pada PRU14.

“Saya meneliti setiap inci gerak kerja dan berdasarkan laporan diterima semuanya positif, jadi saya yakin BN boleh mendapat majoriti mudah (112 kerusi Parlimen) sekali gus membentuk kerajaan.

“Kita amat selesa tetapi jentera kena bekerja kuat bagi memastikan pada hari pengundian nanti kita dapat mengeluarkan semua pengundi yang sudah dikenal pasti bersama BN,” katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, tahap sokongan pengundi ketika ini didapati sudah melebihi 50 peratus di kebanyakan kawasan. 

Katanya, walaupun BN berdepan isu selepas hari penamaan calon lalu, namun suasana ‘gempa bumi’ itu berjaya diatasi kini.

“Banyak kawasan yang kita sudah melepasi 50 peratus kemenangan. Saya harap kemenangan kita di tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) dan empat PRN dapat diterjemahkan pada 19 November.

“Jadi saya yakin kita boleh menubuhkan kerajaan pada Sabtu malam atau pagi 20 haribulan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad turut mengarahkan agar gerak kerja jentera BN diperkemaskan dengan lebih tinggi pada minggu terakhir kempen.

Katanya, tempoh empat hari yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyelesaikan segala kerja dan menyantuni pengundi yang dikenal pasti.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya