Beri peluang KJ jadi game changer -Hishamuddin

Beri peluang KJ jadi game changer -Hishamuddin

HISHAMUDDIN Tun Hussein (kiri) dan Khairy Jamaluddin (kanan) beramah mesra dengan orang ramai pada program Sepetang Bersama Masyarakat Bandar Baru Sungai Buloh di Dewan Meranti Bandar Baru, Sungai Buloh, hari ini.-UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pengundi Parlimen Sungai Buloh perlu memberi peluang kepada Calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menjadi  ‘game changer’ (perubahan) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kehadiran Khairy bertanding di Parlimen berkenaan perlu dimanfaatkan penduduk Sungai Buloh dengan membantu beliau memenangi kerusi tersebut.

Jelasnya, pilihan pengundi di kerusi yang ditawan PKR sejak tiga penggal lalu bakal menentukan masa hadapan rakyat di Sungai Buloh sekiranya mereka memenangkan Menteri Kesihatan itu.

“Kita perlukan ‘game changer’ dalam semua situasi lebih-lebih lagi dalam landskap yang sentiasa berubah-ubah dan kalau stagnant (tepu) tidak buat perubahan orang ramai di luar akan letih dengan politik.

“Ketepuan politik dalam kalangan anak-anak muda akhirnya (menyebabkan) mereka tidak akan berminat mengikuti perkembangan semasa,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada program Sepetang Bersama Masyarakat Bandar Baru Sungai Buloh di Dewan Meranti Bandar Baru, di sini, hari ini.

Hishammuddin juga berkata, beliau mengenali Khairy selama 20 tahun dan Penyandang Kerusi Parlimen Rembau itu merupakan seorang pemimpin yang terbukti mampu menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan menteri.

Katanya, Khairy merupakan seorang individu yang mana apabila beliau memberi tumpuan kepada sesuatu ia akan menjadi kenyataan meskipun terdapat pelbagai halangan.

“Berat macam mana pun dia akan usahakan dan sebab itu apa yang kita dah lalui bersama dalam Covid-19, cabaran masa pemuda dahulu semua ini menjadi sandaran bukan sahaja kepada pemimpin muda tetapi pemimpin muda yang telah diuji, itu lebih penting.

“Sebab itu saya turun hari ini untuk beritahu di Sungai Buloh kalau tak sokong dan diberi peluang untuk KJ berkhidmat di sini, ia satu kerugian bagi kita,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Hishamuddin yang juga calon BN Parlimen Sembrong berkata, beliau akan bersama dengan Khairy untuk menunaikan janji dalam manifesto yang dibentangkan oleh calon Sungai Buloh itu sekiranya berjaya merampas kembali Sungai Buloh.

“Saya cukup yakin dalam masa yang ada ini kita buat satu perubahan ‘game changer’ di Sungai Buloh, kita pastikan selepas 19 November Khairy akan menjadi Yang Berhormat (YB) Sungai Buloh.

“KJ jangan risau sekiranya calon Parlimen Sembrong menang dan saya diberikan tempat di kabinet semula kita akan berada ‘side by side’ untuk membela rakyat di luar sana tidak kira kaum dan bangsa, ini janji saya,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya