Belanjawan Selangor 2023 kekal defisit

Belanjawan Selangor 2023 kekal defisit seperti lima belanjawan terdahulu

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Belanjawan Selangor 2023 kekal defisit, seperti lima belanjawan sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan jumlah defisit kepada satu jumlah munasabah menerusi instrumen kawalan perbelanjaan serta amalan prinsip tadbir urus kewangan yang baik.

“Namun, defisit (Belanjawan Selangor 2023) lebih tinggi berbanding tahun 2022 bagi persediaan pengurusan bencana akibat perubahan iklim serta penyediaan peruntukan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mapan negeri Selangor.

“Justeru, kerajaan negeri mencadangkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.45 bilion bagi Belanjawan Selangor 2023.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.25 bilion bagi belanja mengurus manakala RM1.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023 di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Menjelaskan pecahan perbelanjaan mengurus, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan merupakan komponen terbesar mencakupi 44.9 peratus daripada perbelanjaan ini.

Menurut Amirudin, perkara yang dibelanjakan dalam perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan termasuk perihal kenaikan gaji minimum RM1,500 bagi kontrak-kontrak pembersihan, khidmat kawalan keselamatan dan kontrak penyelengaraan yang melibatkan 26 jabatan, elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), peruntukan bagi Elaun Jawatankuasa dan Petugas Masjid serta sewaan bangunan ibu pejabat dan sembila buah Mahkamah Rendah Syariah.

“Bagi belanja pembangunan, jumlah yang dicadangkan untuk Belanjawan Selangor 2023 lebih tinggi berbanding peruntukan tahun 2022 dengan peningkatan sebanyak RM77 juta.

“Namun, anggaran belanja pembangunan tahun 2023 akan memberi tumpuan terhadap sektor sosial berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang kebiasannya dipacu oleh sektor infrastruktur.

“Ini kerana, kenaikan peruntukan sektor sosial yang merangkumi 30 peratus iaitu sebanyak RM360 juta adalah persediaan setelah mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi tahun hadapan,” tegasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya