Baki 23 jemaah umrah terkandas pulang secara berperingkat

Baki 23 jemaah umrah terkandas pulang secara berperingkat -Saifuddin

SAIFUDDIN Abdullah (tengah) beramah mesra dengan pengundi di sebuah restoran di Indera Mahkota di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Baki 23 daripada 63 jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Arab Saudi akan dibawa balik secara berperingkat bergantung kepada sumber dana yang diperoleh dalam urusan pembelian tiket. 

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, semalam, empat lagi jemaah selamat pulang ke tanah air selepas 36 jemaah dari kumpulan pertama tiba di negara ini pada 4 Oktober lalu.

Katanya, Kementerian Luar tidak telibat dengan bantuan dana kerana ia lebih kepada usaha yang dilaksanakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

“Jadi, soal kewangan dan pembelian tiket, jika sumber itu cepat, tiket boleh dibeli dan mereka akan dibawa pulang. 

“Kami lebih kepada membantu dalam urusan dengan Kerajaan Arab Saudi untuk membawa mereka pulang,” katanya ketika pemberita di Indera Mahkota di sini hari ini. 

Semalam, Idris memaklumkan proses membawa pulang baki jemaah Malaysia itu secara beransur-ansur. 

Pada Oktober lalu, Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan bahawa seramai 63 jemaah umrah itu terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.  

Kesemua jemaah sudah dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan umrah pada Mac lalu.

Bagaimanapun mereka hanya berada di Madinah dan tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah.

Susulan pelanggaran undang-undang tempatan, ketua kumpulan tarekat berkenaan diusir keluar oleh Kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Saifuddin berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang selepas ini.

Jelasnya, selama ini jemaah Malaysia mempunyai rekod baik dan kerajaan Arab Saudi selalu memuji pengurusan jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

“Saya berharap peristiwa seperti ini tidak akan berulang lagi sebab kita bimbang ia mencatatkan nama baik Malaysia di kaca mata kerajaan Arab Saudi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya