Anwar sindir KJ mahu ubah UMNO

Anwar sindir KJ mahu ubah UMNO

ANWAR Ibrahim mengangkat calon PH Parlimen Sungai Buloh, R. Ramanan pada sesi ceramah umum yang dijalankan di Sungai Buloh, Selangor, hari ini. -UTUSAN/HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin yang berhasrat membawa perubahan dalam UMNO.

Menurut Anwar, beliau lebih tahu perangai pemimpin-pemimpin dalam UMNO berbanding Khairy kerana calon PH Parlimen Tambun itu pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO suatu ketika dahulu.

“Nak reform (ubah) UMNO, hei Khairy saya dahulu Timbalan Presiden, penyakau-penyakau itu tidak boleh di reform, kalau nak reform orang baik sahaja yang boleh di reform.

“Kalau pengalaman sama-sama saku ngak bisa (kerana) skandal ECM Libra, vaksin berapa ramai orang mati dan tiada tender serta MySejahtera syarikat Singapura belum jawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan penyokong PH pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anwar Ibrahim Parlimen Sungai Buloh di Taman Subang Perdana, di sini, hari ini.

Anwar juga turut memberi amaran kepada Khairy agar tidak mempergunakan rakyat Sungai Buloh untuk kepentingan beliau dalam membawa perubahan dalam UMNO.

“Khairy Jamaluddin nak reform UMNO, silakan, tetapi, jangan gunakan rakyat Sungai Buloh kerana ini kubu PH dan jangan mengganggu-gugat.

“Rakyat Sungai Buloh orang yang pintar dan mungkin ramai yang miskin harta, tetapi, mereka tidak miskin moral dan akhlak kerana semangat perjuangan tinggi, sebab itu Sungai Buloh jadi kubu kita daripada awal,” katanya.

Tambahnya, kejayaan R. Sivarasa sebelum ini yang memenangi pilihan raya umum (PRU) tiga penggal berturut-turut perlu dipertahankan pada PRU kali ini.

“Melayu, Cina dan India ambil keputusan tendang mereka (BN) keluar daripada Sungai Buloh dan 19 haribulan ini kita mahu Sungai Buloh menang lebih daripada majoriti sebelum ini,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, S. Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah daripada Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642) –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya