Anwar sedia jika tidak lagi dicalonkan PH untuk jadi PM

Anwar sedia jika tidak dicalonkan PH untuk jadi PM

ANWAR Ibrahim (kiri) beramah mesra bersama orang ramai selepas menghadiri Kenduri Rakyat PH di Kampung Mengkuang Layar, Arau, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia sekiranya beliau tidak lagi dicalonkan oleh gabungan tersebut untuk menjadi Perdana Menteri selepas ini.

Menurut Anwar, beliau tiada masalah melepaskan pencalonan itu kepada ramai lagi pimpinan muda dalam PH yang lebih berkelayakan untuk ditampilkan sebagai Perdana Menteri.

Dalam masa sama, beliau turut menafikan dakwaan bahawa terlalu mengejar jawatan Perdana Menteri sekiranya PH berjaya memerintah negara.

“Ramai cakap Anwar gila nak jadi Perdana Menteri sedangkan semua orang tahu kalau saya nak jawatan itu, sejak tahun 1999 lagi saya dah boleh jadi Perdana Menteri. Bukan susah pun, cium sahaja tangan orang tua itu (Tun Dr Mahathir Mohamad), selesailah.

“Dan bukankah 15 Ahli Parlimen UMNO sebelum ini turut nyata sokongan kepada saya untuk jadi Perdana Menteri dan mereka turut mempersembahkan perkara itu kepada Yang Dipertuan Agong.

“Tapi saya (ambil pendirian) tidak tandatangan pada dokumen sokongan berkenaan kerana UMNO menetapkan syarat kalau nak jadi Perdana Menteri, saya kena selamatkan dulu kes-kes mahkamah pemimpin mereka. Kalau saya ketagih sangat nak jadi Perdana Menteri, mesti saya dah tandatangan dokumen itu,” katanya sewaktu berucap pada Kenduri Rakyat PH di Kampung Mengkuang Layar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menempelak kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan beliau hanya sekadar layak menjadi ‘PM tepi’ dan gagal menguruskan pandemik Covid-19 dengan sebaiknya sewaktu PH memerintah.

“Saya juga tahu, Muhyiddin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor pun habis dilelong semua tanah di sana. Saya tahu semuanya,” katanya. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya