Anwar perlu diberi ruang bukti kemampuan

Anwar perlu diberi ruang bukti kemampuan

DR. Hafidzah Mustakim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberikan peluang oleh seluruh rakyat di negara ini untuk membuktikan keupayaan beliau selepas dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 semalam.

Timbalan Pengerusi PH negeri, Dr. Hafidzah Mustakim berkata, pelantikan Anwar semalam membawa beberapa impak positif terutama berkaitan dengan pemulihan ekonomi negara.

Menurutnya, situasi itu dapat dilihat apabila nilai ringgit mula menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini sekali gus memberikan kesan baik kepada negara.

“Mengukuhkan lagi kepada proses itu apabila beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menghubungi Anwar bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikan beliau.

“Berpandukan kepada situasi itu, saya yakin dan percaya pelabur asing akan kembali semula ke Malaysia untuk menanam modal di negara ini. Prestasi itu secara tidak langsung memberi isyarat pemulihan ekonomi negara akan menjadi lebih pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr. Hafidzah memberitahu, Kerajaan Perpaduan yang didokong oleh PH bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GRS) dan beberapa lagi parti lain perlu sokong dengan sebaik mungkin.

Katanya, hal ini bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat menjalankan tugas dengan baik dalam menggembleng semua pihak tanpa sebarang diskriminasi.

Semalam, Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, selepas hampir 25 tahun beliau berkhid­mat sebagai pemimpin pembangkang. 

Beliau mengangkat sumpah dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang berlangsung pukul 5.06 petang di Istana Negara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya