Anwar dicabar buat laporan tuduh tentera undi awal dibayar - Utusan Malaysia

Anwar dicabar buat laporan tuduh tentera undi awal dibayar

SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus didesak untuk membuat laporan berkaitan dakwaannya bahawa anggota tentera yang mengundi awal di Parlimen Bera dibayar RM300.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BNComms) Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, calon PH Parlimen Tambun itu telah menjatuhkan maruah serta imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila membuat tuduhan terbabit.

“Perkara ini perlu diambil tindakan tegas kerana ianya boleh mendatangkan mudarat yang besar kepada negara, waima kepada anggota tentera yang selama ini berkorban mempertahan negara yang kita cintai.

“Seandainya beliau mempunyai bukti seperti yang beliau katakan, saya cabar beliau untuk membuat laporan polis pada hari ini juga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shaiful Hazizy yang juga calon BN Parlimen Merbok berkata, sekiranya Anwar tidak membuat apa-apa laporan, rakyat perlu sedar bahawa kenyataan Presiden PKR itu hanyalah satu tuduhan jahat.

“Beliau perlu membuat permohonan maaf kerana telah menjatuhkan maruah serta imej tentera secara keseluruhannya,” katanya.

Anwar sebelum ini mendakwa ada anggota tentera, khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini mendapat bayaran.

Ketika berucap dalam satu majlis di Terengganu, Anwar mendakwa, anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian dan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasatnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya