Ahmad Zahid, Tok Mat antara tiga Ahli Parlimen BN tiba di Istana Negara

[VIDEO] Ahmad Zahid, Tok Mat antara tiga Ahli Parlimen BN tiba di Istana Negara

AHMAD Zahid Hamidi tiba di Istana Negara pagi ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kereta membawa tiga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dilihat  memasuki kawasan Istana Negara dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  sebentar lagi. 

Ketiga-tiga  pemimpin itu ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. 

KENDERAAN membawa Ahmad Zahid Hamidi tiba di kawasan Istana Negara.

Kesemua mereka tiba kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Malam tadi, BN memohon penangguhan sesi menghadap secara individu bagi 30 ahli parlimen gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi ini.

Permohonan penangguhan itu selepas beberapa mesyuarat BN malam tadi kekal tidak memihak Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya