PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal menjadi medan pertempuran terakhir antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik negara. Hubungan kedua-dua tokoh itu sudah menjangkau 40 tahun sejak Anwar menyertai UMNO, ketika Dr. Mahathir baru beberapa bulan dilantik sebagai Perdana Menteri. Pada 30 Mac 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Anwar selaku bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengumumkan keputusannya untuk bergerak cergas…