152 bookie Piala Dunia 2022 ditahan, Selangor tertinggi - Utusan Malaysia

152 bookie Piala Dunia 2022 ditahan, Selangor tertinggi

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 152 bookie yang terlibat dalam kegiatan pertaruhan Piala Dunia 2022 ditahan polis dalam serbuan di seluruh negara pada 19 hingga 28 November lalu menerusi Op Soga IX.

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas nilai had kredit dalam perisian berjumlah RM3.1 juta dan RM113,140 wang tunai dipercayai wang pertaruhan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, tangkapan tertinggi dilakukan di Selangor iaitu 38 tangkapan menerusi 36 serbuan diikuti Johor (29); Pulau Pinang (18); Sarawak (15) dan Kedah (12).

Menurut beliau, selain itu, pihaknya turut menjalankan 11 serbuan di Negeri Sembilan; Kuala Lumpur (7); Sabah (6); Pahang (6); Melaka (4); Perak (3) dan Kelantan dua tangkapan.

“Fokus utama Op Soga IX adalah untuk membanteras kegiatan catit taruh tanpa lesen yang sah sepanjang Piala Dunia Qatar 2022 bertujuan menghapuskan sindiket dan individu yang bertindak sebagai bookie atau punter.

“Semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 6(3); Seksyen 6(1); Seksyen 4(1)(D) dan Sekyen 4(1) Akta Pertaruhan 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Noorsiah berkata, polis akan mengambil tindakan tegas kepada individu atau penganjur yang menjalankan pertaruhan dalam usaha menangani kegiatan perjudian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya