14 kertas siasatan dibuka dalam seminggu kempen PRU15

14 kertas siasatan dibuka dalam seminggu kempen PRU15

Kempen secara fizikal lebih berkesan pikat pengundi pada saat akhir menjelang hari pengundian. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 14 kertas siasatan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan pelbagai kesalahan dalam tempoh seminggu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sejak 5 Oktober lalu.

Kesemua kertas siasatan berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 457, 504, 427, 147, 506, 505(b), Kanun Keseksaan dan beberapa kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Akta Pilihan Raya.

Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, daripada siasatan yang dilakukan antara kesalahan dilaporkan melibatkan satu hantaran jelik melibatkan seorang calon di Kulim, Kedah dan kejadian menconteng wajah pada poster calon Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor di sekitar Presint 11, Putrajaya.

Kata beliau, sepanjang tempoh sama, sebanyak dua lelaki ditahan di Perak dan Terengganu kerana membuang serta membakar bendera parti politik yang sedang berkempen semalam.

“Tangkapan pertama di Perak melibatkan seorang lelaki Orang Asli membuang sepanduk Parti Warisan yang dipasang di Batu 6, Batu 7 Jalan Pahang di Tapah, Perak.

“Hasil siasatan mendapati dua orang saksi ternampak suspek memegang sepanduk Parti Warisan dan membuangnya di dalam hutan. Suspek kemudian memasang semula sepanduk berkenaan selepas dimarahi dua saksi terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Hazani, tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki tempatan membakar bendera berwarna hijau putih dipercayai bendera parti Pas.

“Pengadu menerima satu kiriman video menerusi WhatsApp pada Khamis yang memaparkan seorang lelaki dipercayai penduduk Kampung Pasir Raja di Terengganu sedang membakar bendera.

“Kejadian berlaku di simpang tiga laluan masuk ke Kampung Pasir Raja. Pengadu selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung tidak berpuas hati dengan tindakan suspek dan membuat laporan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, PDRM turut mengesan sebanyak 432 ceramah yang dijalankan tanpa permit di mana sebanyak 425 lokasi dikesan di Sabah.

“Sehingga semalam, sebanyak 1,037 permit ceramah dikeluarkan di seluruh negara yang mana Kedah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 173 permit, diikuti Negeri Sembilan (172), Perak (155), dan Selangor (147),” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya