Warisan muktamad tanding lima parlimen di Kedah - Utusan Malaysia

Warisan muktamad tanding lima parlimen di Kedah

FADZIL Hanafi ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Warisan Bersama Media di sebuah restoran di Kampung Kelompang, Alor Setar di sini. -UTUSAN/MOHD RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Warisan Kedah mengenal pasti lima kawasan parlimen untuk ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Pengerusi Warisan Kedah, Datuk Fadzil Hanafi berkata, senarai nama individu yang dirasakan layak untuk bertanding di kawasan tersebut juga sudah dihantar kepada Presiden, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal untuk dinilai. 

Menurut beliau, kawasan parlimen yang dikenal pasti itu ialah Alor Setar, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok dan Padang Serai. 

“Bagi setiap kawasan parlimen itu, kami cuma menghantar satu nama kepada Presiden untuk dinilai. Selebihnya terpulang kepada penilaian Presiden sama ada calon tersebut layak atau perlu digantikan dengan individu lain. 

“Dalam mengangkat calon, kita bukan utamakan golongan profesional, bergelar atau berpangkat semata-mata, sebaliknya Warisan Kedah mengutamakan calon yang mudah diterima rakyat serta rajin turun padang,” kata selepas Majlis Makan Malam Warisan Bersama Media di sebuah restoran di Kampung Kelompang di sini, malam tadi. 

Kata Fadzil, pemilihan untuk bertanding di kelima-lima kawasan parlimen itu dibuat bersandarkan kepada aktiviti serta kemampuan Ketua Bahagian masing-masing untuk mengadakan program mendekati pengundi. 

“Kita nampak mereka ini amat aktif dan bersemangat mengadakan aktiviti bersama rakyat. Kalau tak ada masalah, insya-Allah masyarakat boleh terima dengan baik,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya