Warganet kecewa masyarakat Arab Saudi raikan Halloween -

Warganet kecewa masyarakat Arab Saudi raikan Halloween

TANGKAP layar video sebahagian masyarakat Arab yang mengambil bahagian dalam sambutan Halloween yang tular dalam media sosial, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sambutan perayaan Halloween yang diraikan dengan meriah di Asia Barat dan negara-negara Islam khususnya di Arab Saudi semalam menerima kecaman hebat warganet dari negara ini.

Menerusi rakaman klip video yang dikongsi pengguna TikTok, Hashim Kawsin, video yang meraih lebih 13,500 tanda suka dan 1,000 komen itu memaparkan umat Islam di Arab Saudi yang memakai pelbagai kostum seram menyambut perayaan berkenaan.

Hashim Kawsin mengatakan ramai umat Islam berarak meriah sambil memakai kostum menakutkan, membawa patung hantu dan sebagainya di samping mempersoalkan tindakan tersebut yang dianggap sebagai tidak wajar.

“Fatwa kebangsaan mengharamkan sambutan Halloween bagi umat Islam dan jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah, jadi, kenapa orang Islam di Arab Saudi yang juga negara Islam ini menyambutnya lebih daripada orang Barat sendiri,” katanya.

Perkongsian itu turut meraih perhatian netizen yang rata-rata terkejut dengan sambutan yang diadakan di Arab Saudi itu.

“Dunia dah terbalik, mereka kembali ke zaman jahiliyah,” komen salah seorang pengguna TikTok, @whitehorse225.

“Sedihnya hakikat insan umat akhir zaman, ya Allah, semoga kita mendapat syafaat nabi SAW,” komen seorang lagi pengguna Tiktok @minskey_.

Pada Khamis dan Jumaat lalu, sambutan Halloween diraikan secara besar-besaran di Riyadh Boulevard, Arab Saudi sehingga bandar tersebut menjadi arena pesta kostum.

Sebahagian besar mengecam sambutan tersebut kerana Arab Saudi dahulunya mengharamkan sambutan Halloween tetapi sudah berubah hari ini, malah pelawat dibenarkan masuk ke Boulevard secara percuma dengan syarat memakai pakaian yang menakutkan.

Sambutan itu turut menyebabkan penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun turut meluahkan kekecewaan apabila melihat negara penjaga dua kota suci umat Islam itu menerima sambutan berkenaan secara terbuka, bahkan diraikan besar-besaran.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam, Asma’ berkata, perayaan itu bukanlah kali pertama, malah, pernah berlaku pada tahun 2018.

Bagaimanapun, pihak kerajaan Arab Saudi menegaskan mereka melarang sama sekali perayaan berkenaan selain bertindak menangkap warga yang terlibat.

“Sebagai seorang beragama Islam, kita haruslah menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa jua acara melibatkan maksiat dan hiburan melampau.

“Bukan sahaja Halloween, bahkan apa-apa jua yang jelas menyalahi hukum agama,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya