Tiga laporan polis kes ah long Singapura

Tiga laporan polis kes ah long Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan telah menerima tiga laporan polis berkaitan kejadian membakar kenderaan di pekarangan rumah yang dipercayai didalangi sindiket ah long dari Singapura sejak 21 Oktober lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, pihak polis memandang serius apa juga kes walaupun membabitkan suspek ah long dari luar negara. 

“Dari 21 hingga 26 Oktober lalu, polis Kontinjen Negeri Sembilan menerima tiga laporan berkaitan kejadian bakar kenderaan di pekarangan rumah. 

“Ia dipercayai membabitkan sindiket pinjaman ah long dan difahamkan didalangi suspek yang berpangkalan di negara jiran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ahmad Dzaffir berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 20 tahun dan denda. 

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dan akan mendapatkan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).

“Kami juga mengguna pakai peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta 25 (Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 1971 bagi mengesan dan mendakwa suspek jika berada di negara jiran,” katanya. 

Semalam media melaporkan ah long dari Singapura semakin berani dengan bertindak mencurah petrol dan membakar sebuah rumah di Taman Seremban Tiga di sini awal pagi semalam sehingga memusnahkan sebuah kereta jenis Mercedes.

Kejadian pada pukul 2 pagi itu ketika enam beranak termasuk dua warga emas sedang lena tidur sebelum dikejutkan oleh jiran yang memaklumkan kebakaran itu.

Seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Wong, 44, berkata, adik lelaki bongsunya yang berusia 30 tahun bekerja di Singapura sebagai penjual telefon bimbit telah meminjam wang dengan ah long dari negara jiran itu sejak dua minggu lalu.

Sindiket tersebut telah meninggalkan nota amaran supaya membayar wang yang dipinjam beserta nombor telefon Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya