Syed Abu Hussin Hafiz yakin dicalonkan di Bukit Gantang

Syed Abu Hussin Hafiz yakin dicalonkan di Bukit Gantang

SYED Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat beliau di Bukit Gantang hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yakin beliau akan dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi yang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, keyakinan itu selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Katanya, dalam pertemuan itu, beliau menawarkan diri untuk kekal bertanding di Parlimen Bukit Gantang.

“Presiden memberitahu bahawa dasar utama yang diguna pakai untuk pemilihan calon ialah semua penyandang kerusi Parlimen ditawarkan untuk bertanding semula,  sama ada dari Pas, Bersatu dan rakan komponen PN yang lain.

“Secara jelas di depan Presiden, saya menyatakan hasrat dan persetujuan menawarkan diri dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat beliau di sini di sini hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin, berdasarkan perbincangan dengan Muhyiddin, adalah jelas beliau akan dikekalkan untuk dicalonkan semula bagi mewakili parti itu.

“Itu keputusan yang ada pada hari semalam, dengan keputusan itu setidak-tidaknya ini menjawab persoalan pelbagai spekulasi yang telah tersebar,” katanya.

Menurutnya, menjadi kebiasaan dalam mana-mana parti akan terdapat permintaan, rundingan dan sebagainya dalam pemilihan calon.

Katanya, rundingan di antara Pas dan Bersatu sangat intim.

“Hubungan dan perbincangan di antara Presiden Bersatu dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sangat telus dan mengikut prinsip-prinsip yang telah mereka persetujui secara bersama,” katanya.

Beliau mengakui ada permintaan daripada Pas untuk bertanding di Bukit Gantang namun pada dasarnya ialah penyandang kerusi akan kekal untuk bertanding kecuali sekiranya penyandang itu ditimpa sakit dan sèbagainya.

“Bagaimanapun, keputusan rasmi akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi PN dalam masa yang terdekat. InsyaAllah saya akan memulakan gerak kerja bersama-sama dengan anggota PN di Parlimen Bukit Gantang,” katanya.

Baru-baru ini, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad mengesahkan calon daripada parti itu akan mewakili PN di Parlimen Bukit Gantang pada PRU15.

Terdahulu, Idris berkata, Pas menolak Syed Abu Hussin sebagai calon PN di kerusi tersebut dan sekiranya dicalonkan, Pas membawa perkara itu ke peringkat pimpinan parti dalam PN.

Katanya, Syed Abu Hussin yang menang PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN) dan kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak bertanding di kerusi itu kerana meninggalkan partinya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya