SPR buka permohonan sebagai pemerhati PRU15 -

SPR buka permohonan sebagai pemerhati PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membuka permohonan sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bermula hari ini hingga 21 Oktober.

Menurut Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan sebagai pemerhati yang mewakili organisasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan.  

Beliau berkata, pemerhati dibenarkan membuat pemerhatian bagi proses proses pilihan raya seperti penamaan calon, berkempen, mengundi awal, proses mengundi dan pengiraan undi dan penjumlahan undi sehinggalah pengisytiharan keputusan pilihan raya.

“SPR mengingatkan agar mereka yang berminat untuk menyertai  program ini supaya mengemukakan permohonan sebelum tarikh  tutup permohonan,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Beliau berkata, mereka yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut serta memuat turun Borang  Permohonan boleh melayari Portal SPR di alamat https://www.spr.gov.my/ 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya