Saya tiada kuasa benar Najib hadir sidang Dewan Rakyat - Speaker  - Utusan Malaysia

Saya tiada kuasa benar Najib hadir sidang Dewan Rakyat – Speaker 

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Hanya Jabatan Penjara Malaysia mempunyai kuasa sama ada membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) hadir ke sidang Dewan Rakyat. 

Menjelaskan perkara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu bukan di bawah bidang kuasanya sambil menegaskan setiap ahli  Parlimen tidak perlu mendapatkan kebenaran daripadanya untuk hadir ke persidangan Dewan Rakyat atau sebaliknya. 

“Persoalannya sekarang adakah beliau boleh hadir? Itu bukan di bawah bidang kuasa saya kerana he is not in my custody, who has his custody adalah penjara.

“Maka terpulang kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan tersebut. Itu bukan kuasa saya,” katanya dalam Dewan Rakyat, hari ini. 

Terdahulu Hanipa Maidin (Sepang-PH) bangun mempertikaikan ketidakhadiran Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun.

“Oleh kerana dia (Najib) masih Ahli Parlimen, saya cadangkan kita benarkan dia hadir ke Parlimen.

“Tapi saya letak syarat dia mesti bergari, tetapi dia boleh pakai baju macam kita semua. Kami nak tengok macam mana Ahli Parlimen bergari datang Parlimen,” katanya.

Seorang lagi Ahli Parlimen pembangkang bangun bertanyakan bila status Najib sebagai Ahli Parlimen akan terlucut.

“Bila akan hilang,” soal Khalid Samad (Shah Alam-PH).

Azhar Azizan menjawab “Akan hilang kelayakan apabila permohonan pengampunan beliau ditolak,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar Azizan berkata, setahu beliau perkara tersebut  bergantung kepada pihak Jabatan Penjara untuk memberikan pelepasan tersebut. 

“Fahaman saya kalau pihak penjara melepaskan beliau dari penjagaan maka penjara yang akan berikan syarat pelepasan tersebut,” kata Azhar lagi.

Azhar Azizan sebelum ini berkata, status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal berikutan petisyen pengampunan telah difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan manakala kuat kuasa kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen hanya akan dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan yang difailkan 2 September lalu diputuskan

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung kes penyelewengan dana SRC International. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya