'Saya tak tolak perubahan silibus, tapi tolak perubahan melampau'

‘Saya tak tolak perubahan silibus, tapi tolak perubahan melampau’

TANGKAP layar siaran langsung Cikgu Fadli dalam Facebook.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh menegaskan, beliau tidak menolak perubahan silibus dalam pendidikan di negara ini seiring dengan perubahan zaman. 

Bagaimanapun, beliau berkata, perubahan kurikulum pendidikan itu perlu munasabah dengan tahap setiap anak murid itu. 

“Saya tak tolak perubahan silibus, tetapi tolak perubahan melampau. Tetapi perkongsian ini dianggap ancaman kepada negara (apabila) cikgu bersuara tentang (kelemahan) dasar pendidikan,” katanya dalam rakaman secara langsung melalui Facebook, malam ini. 

Malam tadi, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek Matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat. 

Dalam pada itu, Mohd. Fadli mendakwa, budaya lapuk iaitu tidak boleh ditegur berkembang secara meluas dalam Kementerian Pendidikan ketika pemerintahan Datuk Dr. Radzi Jidin berbanding pemerintahan Dr. Maszlee Malik sebelum ini. 

Dakwanya, ini kerana mana-mana guru yang menulis bertentangan yang mana mendedahkan kelemahan dan menegur kecacatan dalam Kementerian Pendidikan akan dikenakan surat tunjuk sebab. 

“Pada awal pemerintahan Dr. Radzi, (Saya) sering menulis puji tentang pembaharuan yang dilakukan dalam terutama pendigitalan waktu pandemik. (Tetapi) saya dikursuskan bersama-sama guru-guru bermasalah di Johor sebab menulis isu guru pulang sekolah di Zon Merah waktu pandemik sedangkan pembelajaran secara digital. 

“(Jadi) mana demokrasi orang menulis menyuarakan pandangan tak setuju tak apa, bahas secara ilmiah. Inikah yang dikatakan Kementerian Pendidikan yang menyampaikan ilmu kepada generasi, dan bukannya menyekat idea-idea.

“Idea ini patut perlu diterima sama ada setuju atau tidak, bincang lah itu baru benar landasan negara demokrasi. Sangat ramai kawan-kawan saya tak setuju pandangan, tetapi (saya) tak kisah kalau masing-masing bawa hujah masing-masing,” dakwanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya