RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak lulus jika

RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak lulus jika Parlimen bubar

generasi penamat
KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi bayangan bahawa Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak dapat diluluskan bagi Sidang Dewan Rakyat kali ini jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, jika Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat, RUU ini akan dibentangkan semula oleh kerajaan baharu.

“Saya nak bawa (bentang RUU), tapi, takut tak sempat sebab dia punya suhu dah panas (pembubaran Parlimen).

“Saya ada tanya Setiausaha Dewan Rakyat apa akan berlaku pada RUU yang tak sempat dibahas. Jika tidak dibacakan kali ketiga memang RUU itu tidak diluluskan.

“Namun, jika RUU itu dibaca buat kali ketiga di Dewan Rakyat dan diluluskan tapi tidak sempat dibawa ke Dewan Negara, maka RUU ini mesti dibentangkan semula oleh kerajaan baharu. Itu prosedurnya.

“Tapi, saya harap ia diluluskanlah, kalau diluluskan, kemudian Parlimen bubar, sia-sia sahaja kita buat kerja dan tak boleh bawa perkara ini dan terpaksa bentang semula,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan, hari ini.

Katanya, jika RUU itu tidak dapat dibentangkan dan diluluskan di Dewan Negara, beliau tetap berpuas hati kerana RUU itu sudah mendapat persetujuan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen dan boleh digunakan sebagai rujukan kepada kerajaan akan datang.

Khairy berkata, bacaan kali kedua RUU itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis ini mengikut aturan oleh sidang Dewan Rakyat.

Menurutnya, JPK yang dianggotai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang sudah pun menyatakan persetujuan terhadap pindaan RUU itu.

Pada 27 Julai lalu, Khairy membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Namun, pada 2 Ogos lalu, Dewan Rakyat bersetuju RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan, ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.

RUU berkenaan bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Jan 2007.

Ia antara lain melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada tahun selepas 2017. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya