Remaja perempuan 18 tahun hilang ditemukan - Utusan Malaysia

Remaja perempuan 18 tahun hilang ditemukan

Remaja yang dilaporkan hilang ditemukan di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Polis menahan remaja lelaki berusia 18 tahun yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan seorang remaja perempuan dan peras ugut di Kuala Tahan di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, suspek yang ditahan di Taman Maluri, Kuala Lumpur, semalam disyaki turut melakukan pemerasan terhadap keluarga mangsa.

“Remaja itu diberkas pukul 6.15 petang semalam berikutan cubaan mengugut keluarga terbabit menerusi WhatsApp apabila melarikan seorang remaja perempuan di Kampung Padang berdekatan Kuala Tahan, Jumaat lalu.

“Melalui pesanan WhatsApp nombor yang tidak dikenali diterima bapa mangsa berupa ugutan meminta wang dan jaminan ‘settle’ dengan baik berikutan anaknya dibawa lari lelaki tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jumaat lalu, seorang remaja, Nor Syamira Ahmad Anafiah, 20, dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas habis bekerja di sebuah pusat inap desa di Kuala Tahan.

Menurut Mazlan, bapa mangsa yang berusia 47 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Tembeling Jumaat lalu selepas kakak mangsa mendapati ketiadaan Nor Syamira yang sepatutnya berada di rumah selepas waktu bekerja.

“Kakaknya memaklumkan Nor Syamira mahu keluar membeli air kira-kira pukul 4 petang hari Jumaat sebelum habis waktu kerja pada pukul 5 petang.

“Selepas menyedari Nor Syamira masih tidak pulang ke tempatnya kerjanya, kakak mangsa keluar mencari dan mendapati motosikal mangsa ditemukan di tepi jalan kira-kira 400 meter dari pusat inap desa berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan siastan lanjut giat dilakukan.

Ujarnya, mangsa telah dibawa pulang ke Jerantut dan polis turut merampas telefon bimbit milik suspek. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.