Remaja lelaki maut motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Remaja lelaki maut motosikal terbabas

KEADAAN kemalangan di Kilometer 266 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di Seremban pagi tadi yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh tembok pembahagi jalan dalan kemalangan di Kilometer 266 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa lelaki berusia 17 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal Yamaha Y15 sedang bergerak dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa di lorong kiri hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuh raya menyebabkan motosikal mangsa terbabas jatuh di lorong kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, mana-mana saksi kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sudesh Kumar daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 016-4830853 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya