PRU15: UMNO nafi mendahului  Kabinet - Utusan Malaysia

PRU15: UMNO nafi mendahului  Kabinet

AHMAD MASLAN melancarkan Karnival Ayuh Cergas Warga Emas Cemerlang di Dewan Jubli Intan, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: UMNO menolak dakwaan bahawa parti itu mendahului Kabinet dalam membuat ketetapan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, keputusan mengadakan PRU15 pada tahun ini juga dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO. 

Katanya, UMNO bukan mahu mengambil kuasa mahu pun mendahului Kabinet, namun oleh kerana Perdana Menteri adalah sebahagian pemimpin tertinggi parti, maka ia perlu membuat keputusan bersama.

“Oleh kerana Perdana Menteri daripada UMNO, maka kita nyatakan pendirian berkaitan mengenai PRU15. Yang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan juga adalah Perdana Menteri. 

“Atas sebab itu, UMNO perlu buat keputusan yang memandu ke arah PRU15, bukan parti lain. Kita harap panduan dibuat itu akhirnya berjaya membawa kepada pilihan raya diadakan. 

“Apatah lagi Perdana Menteri adalah sebahagian yang buat keputusan itu (PRU15) kerana beliau hadir dalam Mesyuarat Top 5, Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Jumaat lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Ayuh Cergas Warga Emas Cemerlang di Dewan Jubli Intan, di sini hari ini. 

Semalam, Perdana Menteri dilaporkan perlu berbincang terlebih dahulu dalam Kabinet berkaitan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan.

Jumaat lalu,  Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini.

Susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menolak kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan tindakan MKT UMNO menggesa PRU15 diadakan dengan secepat mungkin diibaratkan menempah maut.

“Pihak yang menyatakan perkara itu tidak tahu mengenai persiapan yang dibuat. Beliau pun tak pernah hadir dalam pertemuan besar yang parti adakan. 

“Mungkin beliau tidak mengetahui dan tidak terbabit. Namun, sebenarnya kita sudah buat banyak persiapan PRU15 ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.