PETALING JAYA: Kira-kira 80,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan digerakkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka tidak lama lagi. Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, PDRM sudah bersedia dari semua aspek dan yakin mampu menjadikan PRU15 berlangsung dengan lancar. Sumber berkata, pasukan itu akan digerakkan sebaik sahaja menerima maklumat pembubaran Parlimen daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Persediaan ini melibatkan semua aspek dan sudah pasti PDRM sentiasa dalam keadaan bersiap siaga,” katanya sumber. Untuk rekod, kekuatan PDRM berjumlah 137,574. Utusan Malaysia semalam melaporkan spekulasi tarikh PRU15…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya