Polis cari waris lelaki warga Korea Utara - Utusan Malaysia

Polis cari waris lelaki warga Korea Utara

KIM CHOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang mengesan waris seorang lelaki warganegara Korea Utara bagi tujuan penyerahan barangan peribadi milik mendiang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Kim Chol, 52, (No. pasport 8364100070) yang berasal dari Pyongyang, Korea Utara.

Beliau berkata, lelaki berkenaan sudah meninggal dunia dua tahun lalu, namun, barangan peribadi milik mendiang masih dalam simpanan polis.

“Hebahan ini dibuat bagi mengesan waris mendiang untuk tujuan pemulangan barangan peribadi termasuk wang tunai.

“Waris mendiang boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Anuar Hanim di talian 016-4258222,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, jika tiada tuntutan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh hebahan ini, kesemua barangan itu akan diserahkan kepada Perbendaharaan Malaysia. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.