PM ucap tahniah kejayaan Pearly-Thinaah  - Utusan Malaysia

PM ucap tahniah kejayaan Pearly-Thinaah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah diatas kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Perancis, malam tadi. 

“Tahniah beregu wanita kebanggaan negara, Pearly Tan dan M. Thinaah Juara badminton terbuka Perancis!

“Pearly Tan dan M. Thinaah cipta kejutan menewaskan beregu nombor tujuh dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara. 

“Sukan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan juga menyatukan kaum, serta semangat kekitaan yang menjadi asas Keluarga Malaysia. Tahniah! Malaysia Boleh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam tadi. 

Terdahulu, media melaporkan, perlawanan akhir yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris itu menyaksikan Pearly-Thinaah jelas tidak berdepan masalah untuk memberi saingan hebat kepada beregu yang diletakkan selaku pilihan keempat kejohanan itu.

Perly-Thinaah menewaskan beregu dari Jepun itu selepas bermain sehingga ke set penentutan dalam tempoh satu jam 12 minit. 

Dengan kemenangan ini, ia menjadikan kejuaraan kali kedua buat mereka dalam Jelajah Dunia BWF selepas menjuarai Terbuka Switzerland pada tahun lalu. 

Berdasarkan rekod, Pearly-Thinaah adalah beregu wanita kedua dari Malaysia yang berjaya melangkah ke final Terbuka Perancis selepas gandingan Wong Pei Tty-Chin Ee Hui yang mara pada 2008, namun terpaksa berpuas hati dengan naib juara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya