Perak terima peruntukan RM100 juta projek tebat banjir - Utusan Malaysia

Perak terima peruntukan RM100 juta projek tebat banjir

MOHD. Zolkafly Harun (kiri) mengadakan lawatan kerja ke Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak Fasa 1 dan Projek Saliran Mesra Alam Daerah Sungai Siput di Taman Kledang, Sungai Siput hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Perak menerima peruntukan RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di dua daerah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, peruntukan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu sebagai usaha mengurangkan kejadian banjir yang sering berlaku di negeri ini.

Menurut beliau, projek yang bakal dilaksanakan tahun hadapan itu melibat RTB Sungai Kinta Fasa 2 dan RTB Trolak.

“Difahamkan, Kerajaan Persekutuan melalui JPS telah meluluskan dua projek besar di Perak iaitu RTB Sungai Kinta Fasa 2 dan RTB Trolak yang pernah berlaku banjir besar baru-baru ini.

“Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan prihatin dan meluluskan cadangan Kerajaan Negeri dan JPS untuk RTB dilaksanakan dengan menyegerakan peruntukan. 

“Saya yakin projek ini akan dilaksanakan antara Januari hingga Mac tahun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Perak Fasa 1 dan Projek Saliran Mesra Alam Daerah Sungai Siput di Taman Kledang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zolkafly, peruntukan yang diterima itu termasuk kos pengambilan tanah bagi RTB Trolak.

“Perancangan dan kajian telah pun selesai. Peruntukan sudah ada dan diluluskan termasuklah di Sungai Kinta bagi projek fasa 2,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya