Pemuda BN pertimbang cadang tukar buku teks ke tablet dalam

Pemuda BN pertimbang tukar buku teks ke tablet dalam manifesto

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak menolak untuk mencadangkan penggunaan buku teks ditukar kepada penggunaan tablet untuk dimasukkan dalam manifesto BN yang bertemakan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertimbangan itu selepas membincangkan isu-isu terkini pendidikan negara bersama bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad pagi tadi.

Beliau berkata, ini kerana isu beg sekolah berat merupakan isu utama yang masih berlegar sehingga membebankan lebih lima juta pelajar sekolah menengah dan rendah.

Sehubungan itu, katanya, penggunaan tablet lebih efektif dan selaras dengan kemajuan teknologi kini.

“Sekiranya kita mengambil kira perbandingan harga Peranti Siswa dengan anggaran RM800 bagi sebuah tablet, dianggarkan sebanyak RM4 billion diperlukan untuk memastikan semua pelajar sekolah dapat menggunakan tablet bagi proses pembelajaran.

“Sebenarnya, perkara ini sering dibincangkan di Kementerian Pendidikan, namun, kekangan utama lazimnya adalah berkisar tentang capaian internet khususnya di kawasan luar bandar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Jelas Asyraf Wajdi, walaupun kekangan capaian internet, fasa awal bagaimanapun masih boleh dilakukan dengan menggunakan tablet itu sebagai pengganti buku teks sepenuhnya secara offline terlebih dahulu.

Katanya, ini kerana tablet itu perlu berfungsi untuk memuat-naik semua subjek dan mata pelajaran dalam bentuk e-Book

“Tablet akan lebih bertahan lebih lama berbanding buku teks dan sekiranya ada perubahan terhadap silibus atau subjek pembelajaran ia boleh ditukar di dalam bentuk aplikasi atau e-Book yang telah tersedia di dalam tablet yang disediakan.

“Jumlah RM4 billion memang nampak besar, namun, jika dibahagikan kepada satu tempoh Rancangan Malaysia (setiap lima tahun), yakni RM800 juta setiap tahun boleh dijadikan sebahagian peruntukan bajet tahunan Kementerian Pendidikan yang bernilai sekitar RM55 billion setahun.

“Ini pandangan kami sewaktu bersarapan bersama tadi, apa pula pandangan anda terhadap cadangan penggunaan tablet ini? Kalau bagus saya nak cadangkan kepada kepimpinan tertinggi bagi memasukkan dalam manifesto BN,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya