Pembubaran Parlimen bukti UMNO berjiwa besar -Ahmad Zahid -

Pembubaran Parlimen bukti UMNO berjiwa besar -Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pembubaran Parlimen hari ini membuktikan UMNO dan pimpinannya sentiasa berjiwa besar dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan rakyat dan tanah air.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) bersyukur mandat akhirnya dikembalikan kepada rakyat untuk membuat penentuan mutlak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, UMNO berjiwa besar pada 2020 apabila merestui sebilangan wakil rakyatnya bekerjasama dengan seteru politik membentuk kerajaan sementara bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara daripada kucar-kacir selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang angkara perebutan kuasa sesama mereka.

“UMNO malah berjiwa besar demi rakyat bersetuju mengangkat ketua parti lawan sebagai Perdana Menteri bagi mengelak krisis pentadbiran daripada berterusan.

“Namun, ibarat diberi susu dibalas tuba, kebaikan UMNO dibalas dengan pembelotan ‘scheme of things’ mahu menikam parti ini dari belakang,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri kerajaan sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, gagal menggalas amanah yang diberikan menyebabkan UMNO terpaksa menarik balik sokongan kepadanya.

Justeru, beliau menjelaskan hari ini UMNO dan pimpinannya sekali lagi berjiwa besar menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata, UMNO meminta Parlimen dibubarkan ketika di puncak kuasa kerajaan campuran adalah demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara.

“InsyaAllah, ini langkah yang tepat bagi memberi kuasa penentuan kepada rakyat untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di bumi Malaysia,” ujar beliau.

Menurut beliau, walau parti itu pernah disalah erti angkara fitnah dan tipu daya beberapa tahun lalu, parti itu tidak sesekali berpaling daripada perjuangan untuk rakyat dan negara. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya