Pemandu lori pukul adik ipar didenda RM3,000 - Utusan Malaysia

Pemandu lori pukul adik ipar didenda RM3,000

M. JAGAN diiring keluar anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memukul adik iparnya menggunakan sebatang kayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki diperintahkan membayar denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul adik iparnya menggunakan sebatang kayu gara-gara perselisihan faham.

Majistret Nabiha Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, M. Jagan, 37, yang mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja didapati telah menyebabkan soft tissue injury terhadap M.R. Livesh, 29, menggunakan sebatang kayu kira-kira pukul 3.30 petang di Plaza Mahkota 11 dalam daerah Melaka Tengah, pada 31 Mei 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari merayu hukuman diringankan dengan alasan telah menyesali perbuatannya dan kesalahan itu adalah pertama kali dilakukan. 

Tertuduh juga mendakwa, dia telah berbaik dengan mangsa selain perlu menyara isteri serta tiga anak yang masih kecil dengan pendapatan bulanan RM1,500 sebagai pemandu lori.

Bagaimanapun, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan denda RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya