Pekebun haram warga asing jadi saudagar sayur - Utusan Malaysia

Pekebun haram warga asing jadi saudagar sayur

Kerajaan bercadang memperkenal sijil perladangan dan kerja fleksibel tarik pekerja tempatan bekerja di ladang-ladang. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kira-kira 80 hektar tanah milik kerajaan Selangor di Kampung Su­ngai Rasau, Batu 8, Puchong de­­kat sini didakwa diceroboh warga Bangladesh dan Indonesia untuk projek tanaman sa­yu­ran kontan yang memberi hasil lumayan sehingga mencecah jutaan ringgit.

Pencerobohan sejak tujuh ta­hun lalu itu membabitkan kawasan yang terletak di bawah penca­wang elektrik sehingga ke se­belah Lebuhraya Maju (MEX) di Pulau Meranti.

Sebahagian lagi terletak bersebelahan kawasan perindustrian yang turut menempatkan Ibu pejabat Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) di Jalan Pulau Meranti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Utusan Malaysia yang membuat tinjauan enam jam bermula pukul 10 pagi minggu lalu melihat kebun pelbagai jenis sayuran yang mendapat permintaan tinggi dan didakwa dipasarkan di Pasar Borong Seri Kembangan dan kedai-kedai runcit di sekitar Puchong.

Antara tanaman itu ialah bendi, kacang panjang, petola ular, labu air, peria katak, sawi bunga, kailan dan kangkung.

KEBUN HARAM

Sayuran dari kebun haram itu dikatakan mendapat permintaan tinggi kerana tidak menggunakan bahan kimia, sebaliknya menggunakan baja tahi ayam.

Di beberapa lokasi, terdapat longgokan baja tahi ayam kering setinggi hampir semeter di kebun-kebun.
Seorang penghuni di kawasan bersebelahan tanah diceroboh yang ditemui berkata, kawasan seluas kira-kira 80 hektar itu dipercayai didalangi antara tujuh hingga 10 warga tempatan dengan kira-kira 30 penceroboh membabitkan warga Bangladesh dan Indonesia dibayar untuk menguruskan kebun-kebun di situ.

Kata penghuni itu, di dalam kebun ` itu pula dipercayai terdapat sehingga 150 pekerja warga asing dan pernah seorang warga Indonesia yang menguruskan kebun di situ memberitahu, kebun tersebut memberi pulangan sekitar RM100,000 sebulan.

“Kebun-kebun sayur di situ memang haram berdasarkan notis amaran yang ditampal Pejabat Daerah dan Tanah Sepang yang menyatakan: “Kesalahan melakukan aktiviti tanaman kontan di atas tanah kerajaan di bandar Cyberjaya, Mukim Dengkil, Daerah Sepang”. Notis tersebut ditampal di pondok-pondok di kawasan itu.

“Namun sehingga kini pondok tersebut terus beroperasi sebagai tempat tinggal serta tempat pengasingan sayur-sa­yuran yang lengkap dengan alat timbangan, enjin pam air untuk sprinkler serta traktor kecil,” ceritanya.

PENCEROBOHAN

Dedah penghuni berusia 65 tahun itu lagi, pencerobohan mula dikesan sejak 2015 ketika dia melawat ke tanah miliknya yang terletak di sebelah kawasan tanah kerajaan negeri yang diceroboh.

“Pada waktu itu, saya dapati sudah berlaku pencerobohan. Waktu itu, saya melawat tanah ini selang empat hingga lima tahun sekali, saya ada tanah di sini lebih kurang dua hektar.

“Kemudian, pada Mac 2021, saya berpindah dan menetap di sini,” katanya.

Menjelaskan lanjut, kata penghuni itu, sejak berpindah ke tanahnya, dia dan keluarga pernah diganggu oleh warga Indonesia yang menceroboh tanah tersebut.

“Mereka datang menyerang, memaki hamun, mengugut untuk mencederakan saya. Saya tidak tahu apa sebab dia ugut, sedangkan dia yang menceroboh tanah saya.

“Saya buat laporan polis pada 2015, 2019, 2021 dan 2022. Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Putra Perdana, Puchong saya menjelaskan apa yang berlaku. Tetapi setakat ini, saya dapati belum ada sebarang tindakan,” katanya.

Cubaan Utusan Malaysia menghubungi Pejabat Daerah dan Tanah Sepang pada 21 Oktober namun gagal disambungkan kepada pegawai bertugas untuk memberi komen status kebun sayur yang didakwa diusahakan secara haram.

Akhbar ini menyemak laporan polis yang dibuat pengadu, antaranya membabitkan aduan mengenai pencerobohan tanah. Ia bertarikh 8 Mac 2019 yang dibuat pengadu di Balai Polis Putra Perdana namun turut gagal mendapat maklum balas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN