PBB belum putuskan tanding 14 kerusi Parlimen Sarawak - Utusan Malaysia

PBB belum putuskan tanding 14 kerusi Parlimen Sarawak

ALEXANDER Nanta Linggi bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Hari Industri Jualan Langsung peringkat negeri di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keputusan sama ada kekal bertanding di 14 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diputuskan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 18 Oktober ini.

Setiausaha Agung PBB, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, senarai calon telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti dan setakat ini belum dimuktamadkan.

“Saya tidak pasti senarai calon akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PBB 18 Oktober ini kerana calon-calon yang dikemukakan masih diperhalusi.

“Tumpuan kita adalah membuat persiapan rapi menghadapi PRU15, selain PBB termasuk rakan komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya selepas merasmikan Program Hari Industri Jualan Langsung peringkat negeri di Mahkota Parade, Banda Hilir di sini hari ini.

Ditanya mengenai kedudukannya sama akan mempertahankan Parlimen Kapit, Alexander berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kepemimpinan tertinggi PBB.

“Saya ikut apa yang akan diputuskan oleh pemimpin parti saya daripada parti PBB.

“Jika parti mahu saya bertanding semula pertahankan kerusi Parlimen Kapit, saya akan terima tawaran itu,” ujarnya.

Untuk rekod, Alexander tidak pernah kalah bertanding di kerusi berkenaan sejak 1999.

Pada PRU14, beliau menang dengan memperoleh 14,302 undian menentang calon Pakatan Harapan (PH), Paren Anak Nyawi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya