Negeri-negeri utara kurang bekalan ikan - Utusan Malaysia

Negeri-negeri utara kurang bekalan ikan

SYED Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (tengah) bersama anak muda pada program di Pusat Khidmat beliau di Bukit Gantang hari ini.- UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Beberapa negeri di utara mengalami kekurangan bekalan ikan sejak dua minggu lalu disebab keadaan cuaca yang tidak menentu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, ini disebabkan beberapa jeti pendaratan utama di Kedah dan Perak mengalami kekurangan bekalan ikan sehingga 50 peratus.

Menurut beliau, pada kebiasaannya, daripada 200 kapal yang ke laut,20 hingga 30 kapal akan balik untuk mendaratkan ikan.

“Namun ekoran cuaca yang tidak menentu ketika ini, hanya dua atau tiga kapal yang mendarat dengan bekalan ikan yang sangat sedikit,” kata beliau ketika ditemui di Pusat Khidmat beliau di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, bagi mengatasi kekurangan bekalan ikan, LKIM akan mengeluarkan  ikan sejuk beku atau Q-Fish bagi menampung permintaan.

“Ini bertujuan menampung keperluan rakyat dan menstabilkan harga ikan di pasaran,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya